2013年10月16日星期三

 Sistem ekonomi masyarakat Melayu sebelum kedatangan British. Masyarakat Melayu menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi tradisional. Seperti melombong, bercucuk tanam, memungut hasil hutan, menertak binatang dan menangkap ikan. Kegiatan ekonomi mereka berbentuk sara diri. Pengeluaran dlm skala kecil serta menggunakan teknologi mudah. Modal yang digunakan adalah kecil. Penggunaan buruh terhad kpd ahli keluarga sahaja. Pasaran hasil keluaran adalah terhad.
 
      Perkembangan perusahaan getah. Perkembangan industri kereta di Eropah. Meningkatkan permintaan ke atas getah. Peranan H.N. Ridley terhadap penananam getah. Beliau berusaha menyakinkan peladang utk menanam getah. Beliau mengadakan pameran dan mengagaihkan benih getah secara percuma. Beliau memperkenalkan sistem menoreh secara ibidem yg tidak merosakkan pokok.Perkembangan industri berasaskan getah. Contohnya, industri pembuatan barangan pengguna spr kasut, tayar basikal, dan alatan elektrik. kemasukan pelaburan modal Eropah. Syarikat beribu pejabat di London memebawa masuk modul melalui penubuhan wakil di T.Melayu. Contohnya, Harrisons dan Crosfield , Guthrie dan Sime Darby. Dasar kerajaan British di T.M terhadap penanaman getah. Menyediakan kadar sewa tanah dan tarif yg rendah kpd peladang getah. Memberikan 4%dividen kpd syarikat pengusaha getah pada tahun 1905. Mengecualikan cukai eksport selama 50tahun. Kemudahan jalan raya dan jalan kereta api. Dibinakan utk menghubungkan kawasan pertanian komersial dgn pelabuhan san pusat pentadbiran.

    Perkembangan bijih timah. Pada peringkat awal, kawasan perlombongan bijih timah di T.M dikuasai oleh pembesar2 tempatan. Pelombong Cina terpaksa memperoleh kebenaran drpd pembesar Melayu. Utk mengusahakan kawasan perlombongan. Semua hasil bijih yg dilombong akan dijual kpd pembesar Melayu. Harga b.t akan ditentukan oleh pembesar. Terdapat pembesar Melayu yg memajakan kawasan lombong mereka . kpd saudagar Cina dari negeri2 Selat. kerana para pembesar tidak mampu menyediakan modal utk megusahakan kawasan lombong mereka. Penglibatan pemodal Eropah pada abad ke-20. Menjejaskan penguasaan pembesar Melayu terhadap  industri perlombongan b.t. Pemodal Eropah mampu bersaing dgn pelobong Cina. Inni disebabkan mereka memiliki modal yg besar. Pengenalan teknologi kapal korek. Membolehkan mereka menguasai pengeluaran b.t pada abad ke-20. Penglibatan pelombong Eropah menyebabkan industri b.t berubah drpd intensif buruh kpd intensif modal. British mewujudkan beberapa undang2. Bertujuan mengukuhkan penguasaan mereka terhadap industri perlombangan b.t di T.M.

    Kesan perkembangan ekonomi moden terhadap masayarakat Melayu. Ketinggalan drpd arus pemodenan. Hidup dlm kemiskinan. mengekalkan org melayu sebagai penanam padi. Terpaksa membayar pelbagai jenis cukai yg membebankan. Bergantung kpd org tengah utk meminjam wang. dibelenggu beban hutang. Kehilangan tanah akibat tergadai utk membayar hutang. Terpaksa menjalankan kegiatan sara diri. Tetap tinggal di luar bandar. Tidak dapat menikmati kemudahan awam seperti bekalan eleterik. TIdak mempunyai modal. Kesukaran mendapatakan bantuan kewangan. Tidak mendapat bantuan teknikal. Hanya mendapat pendidikan asas. Tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebig tinggi. Tidak mampu bersaing dgn kaum lain.

    Sikap yg perlu diamalkan oleh rakyat Melayu bagi menjamin hasil kekayaan negara tidak dikuasai oleh org asing. Rajin berusaha. Berganding bahu. Berusaha mengumpul modal. Mengusai teknologi terkini. Bertindak proaktif.Bijak merebut peluang. Berwawasan jauh. mempunyai perancangan ekonomi jangka pengjang yg jelas. Mempunyai daya saing yg tinggi. Memiliki kemahiran dan ilmu pengetahuan. Sentiasa memajukan diri. Berani meneroka bidang baharu. Tidak mementingkan diri sendiri. Tidak mudah berputus asa. Bertukar teknologi dgn negara lain. Bersikap terbuka utk menerima perubahan.
 
     Kejayaan yg dicapai oleh Malays. dlm ekonomi. Pengeksport penyamaran udara ketiga pembesar di dunia. Projek kereta nasional. Pembinaan Lebuh Raya Ekspres Utara- Selatan Pembinaan Koridor Raya Multimedia(MSC). Pembukaan tanah baharu oleh FELDA. Malays. menjadi pengeluar utama hasil komoditi spr getah, kelapa sawit, koko. Pengenalan industri berat dan penubuhan HICOM. Pengenalan pengangkutan sistem transit ringan (LRT). Perkhidmatan telekomunikasi spr jalur lebar dan Bandar Pintar. Penubuhan bank2 tempatan spr RHB bank.

    Cabaran. Masalah kekurangan modal. Bergantung kpd dana asing. Apabila pelabur asing mengalih pelaburan ke negara lain ,menyebabkan industri perindustrian tidak berkembang. Dana tempatan sukar diperolehi kerana syarat2 yg ketat. Kekurangan tenaga buruh mahir.Kekurangan bahan mentah.

    Langkan . Menarik kedatangan pelabur asing dgn menawarkan pelbagai insentif. Meningkatkan pasaran domestik dan antarabangsa. Menghantar rombongan perdagangan ke luar negara dan meyertai ekspo antarabangsa utk mempamerkan barangan buatan Malays. Penyediaan tenaga buruh mahir. Menubuhkan institusi pengajian tinggi dan pusat latihan teknikal seperti Universii Teknologi Malays. dan Institut kemahiran MARA. Melatih dan malahirkan tenaga pekerja mahir yg mempunyai semanat keusahawaaan.

     Iktibar . Lebih giat berusaha. Menjadikan masyarakat yg produktif. Mempunyai dasar ekonomi jangka panjang yg menguntungkan. Memperkayakan diri dgn ilmu dan kemahiran. Bersikap terbuka menerima kemasukan teknologi baharu. Berhati hati dgn muslihat org luar . Tidak berputus asa jika menghadapi masalah. Berdikari . saling bekerjasama utk memajukan ekonomi. Mengelakkan permusuhan dan menjaga perpaduan.

      Rumusan. Pada zaman penjajah, kebanyakan hasik keuntungan drpd kegiatan ekonomi dibawa pulang ke Britain. Masyarakat Melayu tidak mampu bersaing dgn pengusaha Eropah yg menguasai modal, tanah,dan teknologi. Faedah yg diterima oleh rakyat tempatan lebih merupakan tempias sahaja drpd keuntungan besar yg dikaut oleh pihak penjajah. Kini, dasar kerajaan menjamin rakyat tempatan mendapat faedah utama drpd dasar dan kegiatan ekonomi negara. setiap rakyat harus berusaha dan berganding bahu utk memberi sumbangan kpd kemajuan negara.

2013年7月26日星期五

          Ciri ketokohan dan kepimpinan untuk  membentuk perpaduan dalam negara ialah bijaksana. Ciri ialah hormat menghormati. Ciri ialah tidak berputus asa / sabar. Ciri ialah berfikir strategik. Ciri ialah berhemah dalam tindakan. Ciri ialah amanah . Ciri ialah tolong-menolong. Ciri ialah berwawasan . Ciri ialah mengamalkan sifat kepemimpinan cemarlang. Ciri ialah musyawarah. Ciri ialah bertoleransi. Ciri ialah mementingkan keamanan. Ciri ialah memupuk perpaduan kaum. Ciri ialah bersifat pemaaf. Ciri ialah menekankan kemrunian akhlak. 


           Kejayaan negara kita dengan berbilang bangsa ialah berkongsi kuasa dalam politik. Kejayaan ialah kewujudan parti politik gabungan pelbagai kaum seperti Barisan Nasional. Kejayaan ialah kemakmuran ekonomi dikongsi bersama. Kejayaan ialah Dasar Ekonomi Baru yg memberi manfaat kepada semua kaum. Kejayaan ialah pembinaan sekolah wawasan. Kejayaan ialah pengenalan Dasar Pembangunan  Nasional. Kejayaan ialah pengenalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan kebangsaan. Kejayaan ialah amalan nilai murni masyarakat Malaysia seperti masuarakat prihatin dan penyayang tanpa mengira kaum dan agama. Kejayaan ialah pemberian bantuan kerajaan tanpa mengira bangsa atau agama. Kejayaan ialah pengiktirafan terhadap kejayaan negara daripada pertubuhan antarabangsa seperti PBB & OIC.


        Peperangan harus dielakkan kerana mengorbankan nyawa.  Peperangan harus dielakkan kerana merosakkan harta benda.  Peperangan harus dielakkan kerana meruntuhkan ekonomi.  Peperangan harus dielakkan kerana membawa kesengseraan hidup.  Peperangan harus dielakkan kerana penderitaan fizikal dan mental.  Peperangan harus dielakkan kerana membantutkan pendidikan.  Peperangan harus dielakkan kerana menggugat keamanan.  Peperangan harus dielakkan kerana memusnahkan alam sekitar.  Peperangan harus dielakkan kerana menjejaskan kestabilan negara.  Peperangan harus dielakkan kerana memusnahkan kediaman. 


       Sifat yang perlu dimiliki oleh generasi muda hari ini ialah  cinta akan negara. Sifat ialah mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.  Sifat ialah taat kepada peminpin.  Sifat ialah jati diri yang kuat.  Sifat ialah mencintai bahasa kebangsaan.  Sifat ialah kepatuhan kepada undang-undang.  Sifat ialah berpegang teguh kepada agama.  Sifat ialah berfikiran agama. Sifat ialah bersemangat kekitaan.   Sifat ialah bersikap kepemimpinnan cemerlang.  Sifat ialah kesetiaan kepada negara.  Sifat ialah memelihara kestabilan negara.  Sifat ialah mengekalkan keamanan.  Sifat ialah berbaik dengan semua pihak.  Sifat ialah sanggup menerima perubahan untuk kebaikan. 


       Islam menganjurkan perdamaian dan kata sepakat. Perjanjian Hudaibiyah melambangkan ketokohan Nabi sebagai pemimpin yang unggul . Sikap tidak pernah meyerah kalah untuk meneruskan perjuangan harus ditanam dalam jiwa setiap warganegara Malaysia. Kita hendaklah menggelakkan  peperangan dan  mementingkan keharmonian dan keamanan. Sebagai warganegara Malaysia, kita haruslah berbaik sangka dengan kaum lain dan berusaha mengekalkan perpaduan demi kemajuan negara. 
       Piagam Madinah untuk keharmonian dan kesejahteraan masyarakat di negara kita ialah mengamalkan kebebasan beragama. Piagam mewujudkan keadilan sosial. Piagam membentuk masyarakat bersatu. Piagam  mweujudkan keadilan ekonomi. Piagam mewujudkan kebebasan  mengamalkan bahasa dan budaya. Piagam mewujudkan tanggungjawab bersama mempertahankan negara. Piagam mewujudkan kestabilan politik. Piagam membentuk sistem perundangan yang adil. Piagam mengekalkan keamanan negara. Piagam mengukuhkan sistem pertahanan. Piagam memberi layanan yang adil kepada semua kaum. Piagam mengamalkan musyawarah dan demokrasi. Piagam dapat menghormati pemimpin. Piagam juga menjamin hak asasi manusia.


        Perlembagaan ke arah pembentukan masyarakat sejahtera di negara kita dengan memupuk perpaduan kaum. Perlembagaan menjamin kebebasan beragama. Perlembagaan menjamin kebebasan mengamalkan bahasa ibunda. Perlembagaan menjamin kebebasan mengamalkan adat resam. Perlembagaan memberi peluang sama rata dalam ekonomi. Perlembagaan menjamin kebebasan bersuara. Perlembagaan menjamin kebebasan berpolitik. Perlembagaan menjamin keselamatan /keamanan negara. Perlembagaan memberi peluang pendidikan sama rata. Perlembagaan memastikan undang-undang yang adil untuk semua. 


       Mengekalkan perpaduan kaum di negara kita dengan menjayakan konsep 1 Malaysia. Mengekalkan perpaduan kaum dengan memperkasakan sistem sekolah kebangsaan. Mengekalkan perpaduan kaum dengan memperkukuh Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Mengekalkan perpaduan kaum dengan menjunjung perlembagaan negara. Mengekalkan perpaduan kaum dengan berpegang teguh kepada Rukun Negara. Mengekalkan perpaduan kaum dengan mentaat terhadap raja dan pemimpin. Mengekalkan perpaduan kaum dengan menghormati lambang-lambang negara. Mengekalkan perpaduan kaum dengan mengamalkan    nilai toleransi. Mengekalkan perpaduan kaum dengan saling hormat-menghormati antara kaum. 

     
         Nilai daripada pemimpin ialah bijaksana. Nilai ialah kemurnian akhlak. Nilai ialah kesabaran. Nilai ialah berwawasan. Nilai ialah berjiwa besar. Nilai ialah kecekalan. Nilai ialah tekun berusaha. Nilai ialah sanggun berkorban. Nilai ialah ketabahan. Nilai ialah keadilan. 


           Hijrah mempunyai nilai yang besar kepada tamadun masyarakat Arab pada masa itu dan masyarakat Islam pada hari ini. Kesabaran, kebijaksanaan dan kemurnian akhlak Nabi... menjadi kunci kejayaan pembentukan kerajaan Islam Madinah. Prinsip dan nilai murni yang diamalkan oleh  Nabi menjadi pedoman kepada generasi muda hari ini yang bakal mewarisi kepimpinan negara. Pembentukan Piagam Madinah menunjukkan betapa luasnya pandangan Nabi.. yang mengambil kira kepentingan pelbagai bangsa dan agama dalam sebuah negara demi mewujudkan perpaduan dan persefahaman. Kita harus mencontohi nilai2 yang diamalkan oleh Nabi dalam penggubalan Piagam Madinah yang membolehkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat berkekalan. 

2013年7月25日星期四

           Iktibar daripada perjanjian Madinah ialah Permuafakatan . Kedua ialah toleransi antara kaum. Ketiga ialah mengutamakan keamanan. Keempat ialah kebijaksanaan dalam kepimpinan. Kelima ialah menghindari sifat dendam. Keenam ialah kebebasan beragama. Ketujuh ialah hak orang Islam. Kelapan ialah hak bukan Islam. Selain itu, Islam bersaudara.

           


            Perang perlu dilakukan ke atas musuh walaupun ia boleh membawa kepada kematian dan kemusnahan kerana mempertahankan diri. Selain itu, menjaga keamanan negara. Di samping itu, mempertahankan agama. Tambahan pula,menentang kezaliman. Seterusnya, menegakkan akidah dan menjaga maruah. Akhirnya, pencabulan perjanjian.




Penafian agama Islam sebagai agama rasmi
Antara cabaran kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia adalah menafikan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Walaupun Malaysia sering dipuji dan digembar-gemburkan oleh dunia bahawa mempunyai kestabilan politik kerana dapat mentadbir mempunyai satu komuniti masyarakat majmuk yang pelbagai, tetapi akhir-akhir ini keutuhan kenyataan itu nampak goyah. Hal ini demikian kerana, sejak kebelakangan ini kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara bukan sahaja telah dipertikaikan tetapi digugat oleh pelbagai kumpulan dan pertubuhan bukan Islam yang membuat pelbagai tuntutan serta tafsiran yang tidak munasabah terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Di antara hujah yang digunakan untuk menyokong tuntutan mereka ialah bahawa Islam tidak pernah dinyatakan secara jelas sebagai agama rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebenarnya di dalam Perlembagaan ada dinyatakan bahawa Islam adalah agama negara atau 'state religion' iaitu merujuk kepada negara Malaysia. Apabila disebut tentang agama negara maka secara dasarnya ia boleh difahami sebagai agama rasmi bagi Malaysia bukannya agama rasmi yang dianuti oleh rakyat negara ini. Tambahan pula, Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang pengamalan agama-agama lain di mana rakyat negara ini mempunyai kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing. . Pertikaian ini adalah tidak wajar sekali kerana majoriti penduduk Malaysia menganuti Islam. Agama Islam sudah berakar umbi dalam masyarakat sudah ratusan tahun dahulu. Keadaan ini menunjukkan bahawa pelbagai komuniti masyarakat di Malaysia sudah berani untuk mempersoalkan perlembagaan negara seterusnya akan pasti menggugatkan keselamatan dan kedaulatan negara Sekiranya usaha untuk mempertikaikan dan tindakan mengubah status agama Islam tidak dihentikan segera ia dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian kaum di kalangan penduduk negara ini yang sudah terjalin buat sekian lamanya.




Pelaksanan sistem pendidikan negara

Cabaran yang kedua ialah daripada segi pendidikan . Seperti yang kita sedia maklum bahawa sistem pendidikan negara kita adalah berdasarkan sistem meritokrasi. Ini akan mewujudkan keadaan persaingan yang sihat di kalangan pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera. Malah pendidikan juga dilihat sebagai wadah yang boleh merapatkan jurang antara kaum dalam sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk seperti Negara ini.Namun begitu, keadaan sebaliknya telah berlaku. Misalnya, statistik pencapaian di Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Malaysia pada 1998 menunjukkan prestasi pelajar Bumiputera peringkat ijazah pertama yang mendapat Kelas Pertama hanya sekitar 2.9 peratus berbanding bukan Bumiputera (17.2 peratus). Malah, keluaran Burniputera yang dikatakan 'cream of the cream' yang berjaya mendapat Kelas Pertama pada 1998 hanya 3.4 peratus berbanding 33.3 peratus bukan Bumiputera.Pencapaian pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia juga menunjukkan 'trend yang serupa, terutama bagi subjek sains dan matematik. Pada 1998, hanya 2.6 peratus pelajar Bumiputera mendapat Al dan Al bagi subjek Fizik dalam peperiksaan SPM berbanding 17.3 peratus pelajar bukan Bumiputera. Begitu juga bagi subjek Matematik Tambahan, 6.7 peratus pelajar Bumiputera mendapat Al dan A2 berbanding 36.4 peratus bukan Bumiputera.

keselamatan negara

Cabaran seterusnya, kita menerima ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum dan penyimpang agama. Kelompok ini menjadi ancaman kepada negara kerana tindak-tanduk mereka yang sanggup melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan demi mencapai matlamat masing-masing. Selain daripada itu, terdapat juga pihak yang sengaja mengeksploitasi isu-isu ekonomi dan sosial politik negara untuk mendapatkan sokongan terutama dari kalangan parti politik dan badan bukan kerajaan. Kehadiran pendatang sama ada mereka masuk ke negara ini secara sah atau haram juga boleh menjejaskan imej dan keharmonian negara.
Ini kerana sebilangan daripada mereka suka menimbulkan masalah dan menghuru-harakan keselamatan negara. Selain daripada itu, ancaman juga boleh datang daripada kegiatan pemalsuan dokumen-dokumen penting kerajaan seperti pasport antarabangsa Malaysia, kad pengenalan dan sijil lahir. Senario ini amat merbahaya dan ditangani dengan sebijak mungkin. Selain daripada ancaman dari dalam negara kita juga mesti berwaspada dengan ancaman yang hadir dari luar seperti aktiviti pengintipan dan cubaan menjatuhkan nama baik Malaysia dari kaca mata kuasa-kuasa besar.

Peningkatan masalah sosial

Tambahan pula, pembangunan yang pesat juga memberi impak negatif kepada Negara.Pembangunan fizikal yang sangat pesat seperti di Kuala Lumpur telah menyebabkan penghijrahan penduduk kampung ke bandar dengan ramai. Penghijarahan ini menyebabkan pendudukan melayu lebih ramai daripada penduduk cina selepas penghijrahan berlaku Namun, kualiti hidup di bandar meningkat dan ada sebilangan yang tidak mampu menanganinya. Ini menyebabkan peratusan kemiskinan meningkat dan telah menyebabkan berlakunya gejala sosial yang teruk seperti kegiatan pelacuran, pengedaran dadah dan kecurian. Hal ini berlaku kerana untuk menampung taraf hidup yang sering meningkat dan telah mengubah norma-norma kehidupan bermasyarakat khususnya dalam komuniti masyarakat majmuk di Malaysia.
 Selain itu, proses perbandaran ini juga telah melebarkan lagi jurang ekonomi dan pola tempat tinggal antara kaum . Contohnya,orang Melayu biasanya tinggal di kampung, orang Cina di bandar dan orang India di ladang-ladang. Imej ini tetap tidak berubah secara menyeluruh walaupun pelbagai langkah telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasinya. Buktinya, kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen anti dadah dan juga kempen ‘tak nak’ merokok secara besar besaran di seluruh negara , namun dilihat tidak membuahkan hasil yang memberansangkan.

Pengekalan perpaduan rakyat

Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi ”Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan”. Untuk mengekalkan perpaduan suatu cabaran yang sangat mencabar dan memerlukan suatu tempoh yang lama penubuhan Sekolah Kebangsaan (SK) telah diilhamkan oleh para pemimpin negara sebagai wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum. SK diharap dapat dijadikan tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama antara satu sama lain serta melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang kepada kesejahteraan Negara.Hal ini demikian kerana setiap kaum dalam masyarakat mempunyai kepentingan tersendiri yang perlu dipertahan dan diperjuangkan seperti hak dalam pendidikan .


Memastikan pembangunan negara seimbang


Kebelakangan ini, kerajaan telah mengisytiharkan usaha membangunkan semula sektor pertanian di negara kita. Usaha ini adalah wajar dalam memastikan pembangunan dan kemajuan negara secara seimbang memandangkan sektor pertanian dan sektor perindustrian adalah saling melengkapi. Kedua-dua sektor ekonomi tersebut adalah sama penting dan tidak boleh diabaikan mana-mananya (www.scribd.com/doc/261975/Pn-Zairiha).
Seperti yang kita tahu, masyarakat Melayu lebih mendominasi sektor pertanian dan masyarakat Cina pula lebih banyak menguasai bidang perindustrian. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan bagi mengelakkan berlakunya kejadian 13 Mei 1969 kembali berulang seperti masalah perbezaan jurang ekonomi yang ketara antara kaum.Tambahan pula , apabila kerajaan mengisytiharkan untuk membangunkan sektor pertanian, kemungkinan kaum Cina akan melihat bahawa kerajaan cuba untuk membangunkan ekonomi masyarakat melayu sahaja dan akan meminggirkan kaum Cina. Adalah menjadi cabaran kepada pihak kerajaan untuk menjelaskan isu ini.



Pelancaran Program Latihan Khidmat Negara


Kerajaan telah membentuk dan membina Program Latihan Khidmat Negara bersesuaian dengan keperluan dan realiti masyarakat majmuk negara ini. Konsep khidmat negara ala Malaysia ini digubal bagi mencapai tujuan untuk memperkasa semangat patriotisme, meningkatkan perpaduan kaum dan integrasi nasional, membina perwatakan positif serta menyemarakkan lagi semangat kesukarelaan. (http://aplikasi.kpkt.gov.my/ucapan.nsf/6c7fcfbe486f405c48256e5a000bd038/298112d8f24ac92248256fdc00349db8?OpenDocument). Walaupun program ini mempunyai pelbagai manfaat kepada negara pada masa hadapan, tetapi sehingga kini pelbagai usul dan usaha bagi menghentikan program ini telah dilakukan oleh pelbagai pihak. Hal ini kita dapat lihat apabila seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat, Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang meminta agar kerajaan segera mempertimbangkan untuk menghentikan program tersebut serta merta.Hal ini berdasarkan kepada alasan di mana telah berlakunya kekerapan kematian, masalah kesihatan dan keselamatan di kalangan pelatih PLKN. Menurut Fong lagi usul ini amat penting kerana ianya melibatkan persoalan nyawa dan keselamatan golongan pelatih tersebut (www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2008/05/879) . Tambahan pula, mengikut statistik, sehigga kini 16 kematian pelatih telah direkodkan berlaku sepanjang program latihan ini dijalankan. Maka, dengan itu menjadi satu lagi cabaran kepada kerajaan untuk meyakinkan rakyat bahawa program ini membawa kebaikan kepada negara dari segala segi seperti memupuk perpaduan , pertahanan negara, dan juga sebagai salah satu proses menerapkan semangat patriotik dalam kalangan belia mendedahkan ilmu mempertahankan diri, dan juga sangat membantu negara



<Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)


Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan, menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991.( http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru). DEB ini dilihat lebih memihak kepada kaum Bumiputera. Memang tidak dinafikan kaum Bumiputera khususnya kaum Melayu masih ramai lagi yang miskin dan wajarlah program ini ditumpukan kepada masyrakat Melayu. Tetapi , bagaimanakah nasib segelintir masyarakat Cina yang miskin? Ini akan mencetuskan perasaan cemburu dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Kesimpulannya, dalam menangani dilemma ini masyarakat majmuk di Malaysia masyarakat harus sedar akan tanggungjawab masing-masing agar kelestarian hidup yang aman akan berterusan. BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH.
                Antara langkah-langkah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju ialah kita perlulah sentiasa bersikap inovatif dan berusaha memperbaiki kelemahan diri supaya dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan.Keamanan dan perpaduan perlulah sentiasa dipelihara kerana kemajuan sesebuah negara itu dipengaruhi oleh keadaan didalam negaranya. Jika negara kita tidak aman, pelabur dari negara luar pasti was-was untuk melabur di negara kita.Kita memerlukan pelabur asing untuk melabur di negara kita untuk mengukuhkan kewangan negara.
       
 Selain itu, faktor pemerintahnya juga diambil kira. Pemerintah yang memerintah negara kita perlulah seorang yang adil, sentiasa berwibawa,sentiasa berpandangan jauh dan berkebolehan menjangka perubahan yang bakal berlaku.Hal ini penting untuk memastikan negara kita sentiasa berkembang mengikut peralihan masa.Seterusnya,kita perlu meneliti dan menghayati perubahan yang berlaku pada masyarakat lalu dan mengambil iktibar daripada peritiwa yang telah berlaku serta menjadikannya sebagai inspirasi untuk terus maju.
           Selanjutnya, kawasan-kawasan yang strategik yang dapat menarik minat pelancong asing, bolehlah dimajukan untuk tujuan pelancongan. Hal ini dapat membantu negara dalam mempromosikan negara kita kepada negara lain. Pusat-pusat pendidikan perlulah dimajukan dan pendidikan haruslah dijadikan sebagai keutamaan kerana ilmu itu pelita hidup. Para pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM, bolehlah dihantar belajar ke luar negara supaya mereka mendapat pengetahuan yang lebih mendalam dan lebih terperinci seterusnya dapat memberi serba sedikit ilmu yang diperoleh ketika berkhidmat kepada negara.
         
 Sektor pengangkutan dan perhubungan perlulah dimajukan seiring dengan kemajuan ekonomi yang dicapai untuk memudahkan lagi perjalanan kita ke sesuatu destinasi. Selain itu, sekolah-sekolah yang menawarkan bidang teknikal perlulah ditambah supaya dapat melahirkan lebih ramai lagi tenaga mahir di dalam negara kita. Seperti yang kita ketahui, teknologi negara asing seperti negara Jepun lebih canggih daripada negara kita. Oleh itu, kita boleh juga membuat pertukaran teknologi agar negara kita juga setanding dengan negara mereka.Selanjutnya, seperti yang diketahui umum, zaman sekarang merupakan zaman kemunculan teknologi-teknologi canggih. Oleh itu, negara kita perlulah meningkatkan teknologi ICT agar negara kita juga maju seperti negara mereka.
           
Pihak kerajaan juga bolehlah membantu pengusaha-pengusaha kecil dan usahawan-usahawan muda dengan memberi wang insentif kepada mereka supaya mereka dapat menggunakan wang tersebut untuk memajukan perusahaan mereka sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Program-program yang berkaitan seperti program cara menjadi pengusaha atau usahawan yang berjaya boleh diadakan untuk memberi panduan kepada para pengusaha dan usahawan untuk memajukan perusahaan masing-masing.

Dalam mengharungi arus pemodenan, usaha yang efisien harus ditangani untuk membentuk perpaduan kaum di negara kita. Pihak kerajaan mempunyai peranan dalam merealisasikan perpaduan kaum. Usaha kerajaan mengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia amat dialu-alukan. Menurut Perdana Menteri kita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis sebegini. Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, sarwajagat negara kita yang tediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan diri dan mengitimkan hubungan mereka dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang. Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata pepatah ‘bersatu teguh, bercerai roboh’.

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk
 melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negatif masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.

Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan 
program Hari Keluarga, semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan. Agenda program ini bertujuan untuk mewujudkan nilai keakraban dan membendung sikap diskriminasi. Serentak dengan itu, menerusi program hari keluarga ini, pelbagai lapisan masyarakat yang hadir dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan pendapat berkaitan dengan sesuatu isu. Sebagai contoh, sekolah-sekolah di seluruh pelosok negara juga dapat melibaatkan diri dalam sambutan Hari Keluarga. Di samping itu, kerajaan juga boleh mengadakan sambutan ini khas untuk kakitangan kerajaan. Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentuk perpaduan kaum di Malysia boleh direalisasikan dengan program Hari keluarga yang berpotensi untuk memperkasakan hubungan antara kaum di negara kita.

Seiring dengan itu, sistem pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang pintas untuk merealisasikan hasrat ini. 
Pengenalan satu sistem pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan perpaduan kaun. Selain itu, sekolah wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil juga mempercepat proses perpaduan kaum. Sebagai contoh, aktiviti kumpulan yang dijalankan dapat memperkasa hubungan kaum di peringkat sekolah. Selain itu, penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmiinegara kita sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain seperti slogan bahasa jiwa bangsa. Izharnya, memang tidak boleh kita nafikan bahwa sistem pendidikan negara kita menjadi pemangkin dalam proses memperkasa hubungan sesama kaum.

Dari kaca mata yang lain
, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan salah satu langkahh dalam mendekati matlamat dan harapan para pemimpin kita dalam mencapai perpaduan kaum. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yakni Melayu, Cina dan India. Rakyat boleh mengaplikasikan budaya kaum mereka dari aspek pemakanan, pemakaian, dan peradaban serta berkongsi dengan kaum-kaum lain. Sebagai contoh, semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah. Makanan India seperti roti canai dan tose juga semakin diminati oleh kaum yang lain. Oleh itu, kemasukan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara.

Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas
menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.

Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran sesebuah negara perlulah bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia. 
Pelbagai pihak harus bergerak sederap, seia sekata dalam iltizam mencapai hasrat keharmonian dan perpaduan negara bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.Perpaduan kaum merupakan suatu misi yang amat penting agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Rakyat adalah aset negara yang paling bernilai dalam pembinaan negara yang berbilang kaum demi visi Wawasan 2020.

     Langkah yang akan diambil untuk membina kekuatan negara dalam masyarakat berbilang kaum ialah dengan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Hal ini penting kerana perpaduan menjamin keamanan sesebuah negara. Seterusnya, aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan semua kaum seperti aktiviti gotong-royong yang dapat memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah menegaskan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Ini membuktikan bahawa perpaduan merupakan kekuatan negara.

     Selain itu, dengan menyeru
masyarakat mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah rakan-rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kebudayaan antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana tahap kefahaman dan membina masyarakat yang saling menghormati. Amalan rumah terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia dengan amalan saling memaafkan sesama insan. Oleh itu, sikap buang yang keruh, ambil yang jernih ternyata mampu menjalinhubungkan semangat perpaduan yang tersedia utuh.

         Selanjutnya
, pihak kerajaan mestilah sentiasa membuat anjakan paradigma demi memperkuat jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada peringkat taman-taman perumahan yang penduduknya terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Misalnya, sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi atau pertubuhan kerajaan dapat mempererat hubungan antara pemimpin dengan penduduk tempatan. Selain dapat mendengar rintihan hati rakyat, pemimpin turut dapat menjadi suri teladan sebagai agen perpaduan. Masyarakat yang berbilang kaum akan lebih mempercayai dan meyakini kewibawaan pemimpin dan saling menghormati antara satu sama lain. Cara ini pasti ini akan mengurangkan pertengkaran dan perselisihan faham antara kaum.

      Di samping itu, kekuatan negara dapat dibina dengan
menggalakkan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan . Dengan cara ini, negara dapat melahirkan anak-anak yang tidak mempunyai masalah perhubungan dan pergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu yang dijalin ini sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh pada Rukun Negara. Hal ini sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah untuk mengelak kekangan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi antara kaum dengan mudah.
            Kesan-kesan kerjasama antara kaum kepada kesejahteraan negara Malaysia ialah dapat melindungi negara daripada ancaman kuasa luar . Negara yang mempunyai masyarakat yang berkerjasama antara  satu sama lain dapat melemahkan gerakan kuasa luar yang ingin menakluk negara kerana kunci rahsia negara dikawal ketat oleh sikap masyarakat yang saling berkerjasama dalam menjamin kedaulatan negara.
                Selain itu , perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat juga dapat diwujudkan . Perpaduan rakyat amat penting demi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.Masyarakat yang bersatu padu akan melahirkan sebuah negara yang aman dan tiada masalah pertelingkahan antara kaum berlaku.
               Seterusnya ,
negara Malaysia juga akan dihormati dan disegani oleh negara asing kerana kekal aman meskipun terdapat masyarakat yang berbilang kaum . Kuasa luar yang berminat untuk menguasai negara akan membatalkan niat mereka  kerana takut dengan semangat rakyatnya dalam mengekalkan keamanan negara.
             
  Di samping itu,ekonomi negara  juga akan meningkat . para pelabur asing tidak akan berasa was-was untuk melabur di negara Malaysia kerana negara yang aman dan bersih dari segala masalah . Pelancong asing juga berminat untuk melancong di sini kerana negara yang aman dan makmur .
                Oleh yang demikian , kerjasama antara kaum
dapat memudahkan Malaysia menuntut hak sebagai warganegara . Contohnya , hak keistimewaan dalam memilih calon pemimpin untuk mentadbir negara dan sebagainya .




                Pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis merupakan agenda kerajaan yang paling penting kerana prasangka perkauman boleh menghancurkan perpaduan yang sedia wujud. Menyedari hakikat dan kepentingan mengekalkan perpaduan maka pelbagai langkah perlu dijalankan bagi memastikannya berterusan.

               Antara kepentingan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk ialah
untuk mengekalkan keharmonian dan mengelakkan perselisihan. Penduduk Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa boleh hidup aman damai sejak dahulu lagi kerana adanya perasaan saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Amalan nilai murni ini menjadi tunjang kekuatan sesebuah negara. Perkara ini dapat mengelak berlakunya perselisihan seperti kejadian dalam sejarah hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei 1959. Rusuhan kaum yang berlaku tidak memberi apa-apa keuntungan malah membawa banyak kemudaratan.

           Perpaduan kaum yang wujud juga turut mempercepat dan memperkasa pembangunan negara. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan 
sikap bertoleransi dan hidup bersatu-padu memangkinkan usaha memajukan negara dalam segenap aspek merangkumi ekonomi, sosial, politik dan pendidikan. Pembangunan pesat yang jelas kelihatan pada hari ini membantu masyarakat menjalani kehidupan seharian dengan selesa. Sebaliknya, jika keharmonian kaum terancam maka amat sukarlah kerajaan mengatur agenda mencapai kemajuan negara. Kesannya negara akan ketinggalan dan rakyat menderita kemiskinan.

          Bagi merealisasikan kejayaan negara dengan ramuan perpaduan kaum ini,
maka bagai usaha ke arahnya hendaklah terus dijalankan. Antara lain, kerajaan mewujudkan banyak dasar bertujuan menerapkan nilai-nilai bagi mengekalkan perpaduan kaum. Terkini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak 
menggunakan konsep ‘1 Malaysia’. Dasar kepimpinan yang memperkenalkan konsep “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” memperlihatkan keutamaan masyarakat dalam pencapaian sesebuah negara. Tanpa rakyat yang bersatu padu maka pincanglah negara itu.

          Selain itu, segenap lapisan masyarakat juga berperanan
 menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk memelihara perpaduan. Media massa sebagai medium komunikasi menjadi saluran maklumat dan membangkitkan semangat bersatu-padu. Memperbanyakkan iklan dan risalah melalui kempen-kempen mencintai negara dapat menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya menjaga keharmonian hidup sesama rakyat. Semua ini dapat dikongsi bersama-sama dengan adanya alat komunikasi media massa seperti televisyen, radio mahupun internet. Kemudahan yang kita nikmati sekarang ini adalah bukti nyata hasil kemajuan negara.

          Kesimpulannya, kemakmuran negara berkait rapat dengan hubungan baik antara kaum yang sama-sama mendokong usaha ini. Hubungan baik inilah yang perlu diamalkan bila-bila masa dan selamanya agar kejayaan yang kita nikmati kini tidak ranap begitu sahaja setelah hampir 54 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.





               Antara nilai murni dan iktibar yang dihayati hasil daripada kehidupan berteraskan amalan permuafakatan dalam kehidupan ialah keamanan negara dapat dijamin dengan wujudnya masyarakat yang bersatu padu . Perpaduan yang kukuh antara satu sama lain akan melahirkan negara yang aman,tiada masalah perselisihan faham yang menyebabkan kesejahteraan negara tergugat.
              Selain itu , 
amalan berkerjasama juga dapat dipupuk antara  satu sama lain hasil daripada kehidupan berteraskan permuafakatan dalam kehidupan . Masyarakat yang berkerjasama dapat membantu negara mempertingkat mutu perpaduan rakyat yang dapat mewujudkan negara yang aman dan makmur .
              Seterusnya , 
masyarakat yang bersemangat patriotik juga dapat dilahirkan . Melalui permuafakatan yang wujud dalam masyarakat , kesedaran tentang semangat cinta akan negara sedikit demi sedikit akan wujud . Kita perlulah bersemangat patriotik demi menjamin kedaulatan negara.
              Di samping itu , kita haruslah 
saling hormat-menghormati antara satu sama lainagar tiada masalah persilisihan faham . Amalan hormat-menghormati dapat memudahkan segala urusan yang dijalankan di dalam negar berjalan lancer.
               Justeru , kita juga hendaklah saling berkerjasama dalam mempertahankan kedaulatan negara.Kemerdekaan negara hanya dapat dicapai melalui kerjasama antara masyarakat Malaysia.







             iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap Malayan Union ialah  masyarakat Perlu bertegas dalam menyatakan bantahan . Perlu adanya perpaduan di kalangan masyarakat malaysia yang berbilang kaum . Mengadakan rundingan sebelum sesuatu dasar dibuat .Berhati-hati dengan tindakan orang asing .  Pentingnya pemimpin berwibawa untuk memerintah negara kita .
             pengenalanMU telah 
menguji kesabaran orang Melayu terhadap British yang inginkan penjajahan mutlak terhadap Tanah Melayu . Orang Melayu buat pertama kalinya dalam sejarah selepas zaman Kesultanan Melayu Melaka bangun menentang British . Rentetan daripada penyatuan tersebut , Kongres Melayu 1946 telah diadakan dan UMNO ditubuhkan untuk menentang niat jahat British tersebut . Kerjasama antara raja-raja melayu dengan UMNO dan orang melayu pada keseluruhannya telah menyebabkan British mula berle,but dan memulakan rundingan . Akhirnya , penat lelah tersebut terbayar apabila Perjanjian Persekutuan 1948 telah membolehkan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk 1 Febuari 1948 . Perjanjian tersebut telah memperkenalkan semula dasar kuasa british sebelum tahun  1941 .