Selain itu , perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat juga dapat diwujudkan . Perpaduan rakyat amat penting demi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.Masyarakat yang bersatu padu akan melahirkan sebuah negara yang aman dan tiada masalah pertelingkahan antara kaum berlaku.
Seterusnya , negara Malaysia juga akan dihormati dan disegani oleh negara asing kerana kekal aman meskipun terdapat masyarakat yang berbilang kaum . Kuasa luar yang berminat untuk menguasai negara akan membatalkan niat mereka kerana takut dengan semangat rakyatnya dalam mengekalkan keamanan negara.
Di samping itu,ekonomi negara juga akan meningkat . para pelabur asing tidak akan berasa was-was untuk melabur di negara Malaysia kerana negara yang aman dan bersih dari segala masalah . Pelancong asing juga berminat untuk melancong di sini kerana negara yang aman dan makmur .
Oleh yang demikian , kerjasama antara kaum dapat memudahkan Malaysia menuntut hak sebagai warganegara . Contohnya , hak keistimewaan dalam memilih calon pemimpin untuk mentadbir negara dan sebagainya .
Pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis merupakan agenda kerajaan yang paling penting kerana prasangka perkauman boleh menghancurkan perpaduan yang sedia wujud. Menyedari hakikat dan kepentingan mengekalkan perpaduan maka pelbagai langkah perlu dijalankan bagi memastikannya berterusan.
Antara kepentingan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk ialah untuk mengekalkan keharmonian dan mengelakkan perselisihan. Penduduk Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa boleh hidup aman damai sejak dahulu lagi kerana adanya perasaan saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Amalan nilai murni ini menjadi tunjang kekuatan sesebuah negara. Perkara ini dapat mengelak berlakunya perselisihan seperti kejadian dalam sejarah hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei 1959. Rusuhan kaum yang berlaku tidak memberi apa-apa keuntungan malah membawa banyak kemudaratan.
Perpaduan kaum yang wujud juga turut mempercepat dan memperkasa pembangunan negara. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap bertoleransi dan hidup bersatu-padu memangkinkan usaha memajukan negara dalam segenap aspek merangkumi ekonomi, sosial, politik dan pendidikan. Pembangunan pesat yang jelas kelihatan pada hari ini membantu masyarakat menjalani kehidupan seharian dengan selesa. Sebaliknya, jika keharmonian kaum terancam maka amat sukarlah kerajaan mengatur agenda mencapai kemajuan negara. Kesannya negara akan ketinggalan dan rakyat menderita kemiskinan.
Bagi merealisasikan kejayaan negara dengan ramuan perpaduan kaum ini,
maka bagai usaha ke arahnya hendaklah terus dijalankan. Antara lain, kerajaan mewujudkan banyak dasar bertujuan menerapkan nilai-nilai bagi mengekalkan perpaduan kaum. Terkini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan konsep ‘1 Malaysia’. Dasar kepimpinan yang memperkenalkan konsep “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” memperlihatkan keutamaan masyarakat dalam pencapaian sesebuah negara. Tanpa rakyat yang bersatu padu maka pincanglah negara itu.
Selain itu, segenap lapisan masyarakat juga berperanan menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk memelihara perpaduan. Media massa sebagai medium komunikasi menjadi saluran maklumat dan membangkitkan semangat bersatu-padu. Memperbanyakkan iklan dan risalah melalui kempen-kempen mencintai negara dapat menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya menjaga keharmonian hidup sesama rakyat. Semua ini dapat dikongsi bersama-sama dengan adanya alat komunikasi media massa seperti televisyen, radio mahupun internet. Kemudahan yang kita nikmati sekarang ini adalah bukti nyata hasil kemajuan negara.
Kesimpulannya, kemakmuran negara berkait rapat dengan hubungan baik antara kaum yang sama-sama mendokong usaha ini. Hubungan baik inilah yang perlu diamalkan bila-bila masa dan selamanya agar kejayaan yang kita nikmati kini tidak ranap begitu sahaja setelah hampir 54 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.
Antara nilai murni dan iktibar yang dihayati hasil daripada kehidupan berteraskan amalan permuafakatan dalam kehidupan ialah keamanan negara dapat dijamin dengan wujudnya masyarakat yang bersatu padu . Perpaduan yang kukuh antara satu sama lain akan melahirkan negara yang aman,tiada masalah perselisihan faham yang menyebabkan kesejahteraan negara tergugat.
Selain itu , amalan berkerjasama juga dapat dipupuk antara satu sama lain hasil daripada kehidupan berteraskan permuafakatan dalam kehidupan . Masyarakat yang berkerjasama dapat membantu negara mempertingkat mutu perpaduan rakyat yang dapat mewujudkan negara yang aman dan makmur .
Seterusnya , masyarakat yang bersemangat patriotik juga dapat dilahirkan . Melalui permuafakatan yang wujud dalam masyarakat , kesedaran tentang semangat cinta akan negara sedikit demi sedikit akan wujud . Kita perlulah bersemangat patriotik demi menjamin kedaulatan negara.
Di samping itu , kita haruslah saling hormat-menghormati antara satu sama lainagar tiada masalah persilisihan faham . Amalan hormat-menghormati dapat memudahkan segala urusan yang dijalankan di dalam negar berjalan lancer.
Justeru , kita juga hendaklah saling berkerjasama dalam mempertahankan kedaulatan negara.Kemerdekaan negara hanya dapat dicapai melalui kerjasama antara masyarakat Malaysia.
iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap Malayan Union ialah masyarakat Perlu bertegas dalam menyatakan bantahan . Perlu adanya perpaduan di kalangan masyarakat malaysia yang berbilang kaum . Mengadakan rundingan sebelum sesuatu dasar dibuat .Berhati-hati dengan tindakan orang asing . Pentingnya pemimpin berwibawa untuk memerintah negara kita .
pengenalanMU telah menguji kesabaran orang Melayu terhadap British yang inginkan penjajahan mutlak terhadap Tanah Melayu . Orang Melayu buat pertama kalinya dalam sejarah selepas zaman Kesultanan Melayu Melaka bangun menentang British . Rentetan daripada penyatuan tersebut , Kongres Melayu 1946 telah diadakan dan UMNO ditubuhkan untuk menentang niat jahat British tersebut . Kerjasama antara raja-raja melayu dengan UMNO dan orang melayu pada keseluruhannya telah menyebabkan British mula berle,but dan memulakan rundingan . Akhirnya , penat lelah tersebut terbayar apabila Perjanjian Persekutuan 1948 telah membolehkan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk 1 Febuari 1948 . Perjanjian tersebut telah memperkenalkan semula dasar kuasa british sebelum tahun 1941 .
tq bang life saviour but jgn biru biru bodoh
回复删除mantap pak abu
回复删除