Langkah yang
akan diambil untuk membina kekuatan negara dalam masyarakat berbilang kaum
ialah dengan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum. Hal ini penting kerana
perpaduan menjamin keamanan sesebuah negara. Seterusnya, aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan yang melibatkan semua kaum seperti aktiviti gotong-royong yang
dapat memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Melalui aktiviti
kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui
perbualan dan berinteraksi. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah
menegaskan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Ini membuktikan bahawa perpaduan merupakan kekuatan negara.
Selain itu, dengan menyeru masyarakat mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah rakan-rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kebudayaan antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana tahap kefahaman dan membina masyarakat yang saling menghormati. Amalan rumah terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia dengan amalan saling memaafkan sesama insan. Oleh itu, sikap buang yang keruh, ambil yang jernih ternyata mampu menjalinhubungkan semangat perpaduan yang tersedia utuh.
Selanjutnya, pihak kerajaan mestilah sentiasa membuat anjakan paradigma demi memperkuat jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada peringkat taman-taman perumahan yang penduduknya terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Misalnya, sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi atau pertubuhan kerajaan dapat mempererat hubungan antara pemimpin dengan penduduk tempatan. Selain dapat mendengar rintihan hati rakyat, pemimpin turut dapat menjadi suri teladan sebagai agen perpaduan. Masyarakat yang berbilang kaum akan lebih mempercayai dan meyakini kewibawaan pemimpin dan saling menghormati antara satu sama lain. Cara ini pasti ini akan mengurangkan pertengkaran dan perselisihan faham antara kaum.
Di samping itu, kekuatan negara dapat dibina dengan menggalakkan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan . Dengan cara ini, negara dapat melahirkan anak-anak yang tidak mempunyai masalah perhubungan dan pergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu yang dijalin ini sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh pada Rukun Negara. Hal ini sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah untuk mengelak kekangan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi antara kaum dengan mudah.

没有评论:
发表评论